Saturday, June 4, 2011

I.N.T.E.R.N.S.H.I.P vs Hati Pilu.

Tanggal 30 Mei lepas was my first day of internship. :) tak sabar-sabar. sampai gelut di buatnya. siap tak tidur malam lagi ni sebab nervous breakdown. HAHA! 


So, I started my day a little bit different from the usual ( in sense of having breakfast of course ) pagi-pagi la rumah dah kecoh dengan suara aku. Bila ingat balik, macam kelakar je. Nervous mengalahkan orang yang nak nikah ni. haish! 


Tapi, before gerak nak pergi kerja pagi tu Mummy told me that Grandma will be in Kuching General Hospital soon. She coughs non stop the night before. Sangat risau! Dahla first day practical ni, aduyai..risau di buatnya.. kalau boleh nak je stay kat sebelah nenek. nenek yang duk menatang aku bagai minyak yang penuh. Yang manjakan aku dari kecik. yang aku sapu lengannya dengan lotion tiap kali aku balik kampung. Yang aku merengek manja mahukan bubur durian, pajeri nenas dan goreng pisang hasil air tangan beliau. 


11.30 a.m ( Pejabat Juruukur Bahan Tema Sdn. Bhd ) : - aku menerima panggilan dari ibu tercinta. Suaranya sayu, sampai aku terkedu. Tidak perlu ibu menyuarakan apa-apa, aku sudah tahu hujung pangkalnya. ='( sayu,sedih,rinduu..rindu yang teramat. Nenek telah meninggal dunia. Innalillah hi wa innalillah hi rajiuun. :'(

Lantas aku bergegas menuruni anak tangga pejabat yang bisa menumbangkan sesiapa yang mengenakan heels setinggi 3 inci serupa diva. On-leave! Baru first day, namun tidak ku peduli kata-kata sumbang. Yang pasti, niat ku hanya satu. Fikiranku celaru. Hatiku gundah gulana. Kaki menapak sepantas yang dimampu setibanya aku di hospital. Jari jemari Ana (sepupu tersayang) ku genggam kemas. Rapi, tiada tanda-tanda mahu melepaskan. Harus kuat bersama-sama. 



Sekujur tubuh kaku di atas katil. ='( hatiku sebak. Pemergian yang tersayang bukan pintaku namun  harus diterima juga walaupun perit. Terus aku menyinsing lengan baju kurung putih berbunga merah ke siku, sedia untuk mengambil wudhu. Menyedekahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada arwah. Air mata yang ditahan oleh ego lancar menuruni pipi. Ternyata ego ku tidaklah sekuat mana. Hancur remuk dek kasih sayang seorang cucu sulung kepada nenda. 


Malam itu, arwah dibawa balik ke kampung halaman. Di mana beliau melambaikan tangan dan menitiskan air mata kasih beliau apabila melihat kami pulang ke kota yang hiruk pikuk. ='( Malam itu Alhamdulillah, arwah tak sunyi. Tak putus-putus ayat-ayat al-Quran disedekahkan kepada beliau. Sekujur tubuh yang kaku itu aku lihat lagi, aku renung. Aku tumpas lagi. Air mata menitis lagi. Kini, tiada lagi bubur durian, pajeri nenas dan pisang goreng hasil air tangan nenek. Rinduu.. rindu yang teramat. 


Nenek, Kak Nur nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kak Nur tak sangka malam tu last kakak cium pipi nenek. Badan nenek panas. Mata nenek kuyu. Badan nenek lemah. Nenek berjalan harus dipimpin. Nenek, kakak rindu nenek. Tak puas rasanya 21 tahun ni hidup dengan nenek. Tapi, kakak tak mampu nak buat apa-apa. Allah lebih menyayangi nenek. Kakak doa semoga roh nenek aman. Kakak janji kakak takkan lupakan jasa baik nenek jaga kakak dari baby sampai sekarang. Kakak rindu nenek. 


Sekarang kan nenek, rumah sunyi. Takde dah suara nenek melarang adik-adik bising lari sana-sini dalam rumah. Takde dah tengok lambaian tangan nenek dekat tingkap macam biasa. Kakak sayu. Kakak rindu. Nampak bilik nenek je mesti teringat kat nenek. Nampak kerusi single tu terus teringat nenek. Nenek, kakak bawak balik tudung nenek. Baju kebaya nenek, kakak mintak izin simpan kan ye? Tu je yang ada untuk kakak. Kakak sayangkan nenek. sayang sangat-sangat. rindu yang teramat. 


Esoknya, kakak dan adik-adik hantar nenek ke kubur. Before tu, kakak sempat cium dahi sejuk nenek. Nenek senyum, kakak rindu. Sayang nenek. Kakak baca lagi Surah Yaasiin.. Moga-moga segalanya berjalan lancar. Tak perlu lah kakak detailkan sangat. cukuplah kakak tahu apa jadi masa hari tu.. 


Sampai je dekat tanah perkuburan, kami sempat tengok wajah bersih nenda tercinta. Wajah nenek bersih. Selesai semua, terasa semakin kosong. Cuaca seumpama memahami, Allah Maha Adil. Cuaca panas berangin mengiringi pemergian kami. 




Nenek, percayalah. Kakak takkan lupakan nenek. I love you so much nenek. Walaupun nenek takkan dapat baca benda ni semua, kakak tahu nenek tetap ada bersama kami.Dekat dalam hati. I love you so much nenek. I miss you a lot too. Semoga roh nenek dicucuri rahmat dari Illahi. Amin. 






Ikhlas, 
Kak Nur. 

No comments:

Post a Comment