Monday, June 13, 2011

Bersabarlah. Let it be. *senyum*

hari-hari yang berlalu kian suram namun tidak semestinya hari yang mendatang juga suram. terpulang pada kita untuk mencoraknya walaupun Allah s.w.t yang berkuasa. kalau bukan kita mengubahnya siapa lagi? andai kiranya Allah mengubahnya, ingatlah bahawa kita hanya merancang Yang Berkuasa menentukannya.

aku kira masuk kali ini sudah beberapa kali aku post up entry yang agak matured kononnya bagi pihak aku. kadang-kadang jiwa aku merasakan tidak tenteram sekiranya aku tidak menulis. dalam kepalaku tercorak berbagai kisah, tergambar berbagai ragam manusia. namun, something are better left unsaid. sering kali aku tersentak dengan alunan lagu yang bermain di corong radio mahupun mp3 ku yang seumpama memerli aku. *mengeluh panjang*

aku tidak faham apa maksud semua ini. aku seumpama dalam bayang-bayang ku sendiri. kekadang aku merasakan semua ini bagaikan mimpi. aku perlukan seseorang yang mampu menterjemahkan segalanya. sekali lagi, jiwa kecilku mengarahkan aku untuk bermunajat pada Nya Yang Esa. aku sedar aku hanyalah insan kerdil yang punya banyak kelemahannya. aku juga sedar semua yang Allah berikan, kurniakan pada aku sekarang hanyalah pinjaman.

percayalah, dalam melalui kesempitan ini aku juga jumpa rama-rama yang aku pasti sebelum terbang bebas dia jua ketemu kepayahan untuk mengebarkan sayapnya yang masih basah untuk dikeringkan. percayalah jua, dalam melalui onak yang berduri ini ku temui juga bunga mawar yang harum wanginya memenuhi segenap ruang kosong di alam nyata ini. walaupun berduri, aku faham ia juga mahu melindungi dirinya.
*senyum simpul*

percayalah, aku memahami semua itu. namun, aku sedar pertolongan aku juga ada batasnya. nasib dan ketentuan boleh diubah walaupun kita hanya merancang Allah menentukan.tapi, tidak salah untuk kita mencubakan? no harm done i believe. justeru itu, untuk kita sekali lagi aku ulang UNTUK KITA aku akan mencuba sedaya upayanya. aku akan mencuba untuk melalui segalanya yang menghalang. semoga Allah turut memudahkan segalanya buat kita. Amin Ya Rabbal Al-Amin. *senyum lebar*



p/s: kalau kita ikhlas, sabar, redha dengan ketentuan-Nya percayalah Allah sudah pun merancang benda yang lebih elok, molek buat kita. Justeru itu, sabar ye?

sekian. :)

3 comments: