Friday, August 26, 2011

Yeay! Tak lama lagi raya!

Ramadhan bakal meninggalkan kita lagi dua tiga hari. Setakat ini, aku rasa ramai yang dah mula kemas-kemas rumah, siapkan apa yang patut. Kek dan biskut dah ada kat dalam kitchen cabinet. Baju kurung, baju melayu berpasang-pasang dalam closet. Kasut raya pun dah beli. Semangat ye korang? Tamau tanya aku ke?

Cake and cookies
ni benda yang aku paling expert. I love baking so much tapi tu la kan penyakit 'M' tu sentiasa ada. Bukannya dugaan di bulan puasa ni. Ni nafsu malas menjelma. Tahun ini aku dapat contract buat cookies and cheese cakes je. Ada tiga empat lima jenis aku dah siapkan. Hurm. I'm pretty sure that most of the people in Kuching will served layered cakes masa raya macam ni. Al-maklumlah, benda fofular kat sini kan? Heeee~~ Mummy pun non-stop baking ni kalau ada kat rumah. Kalau terlelap lepas berbuka, terjaga je aku hidu bau manis. Bau kek lapis! hehehe. Oh, btw Choc chip cookies and Kek Lapis India dah sampai dengan selamatnya kat rumah Pak Cik Tiger. Katanya, cookies tu dia baham masa tengah online. Bila aku tanya "sheeedddaaaappp taakkk?" dia kata "ssheeeddaaapp..da bomb" fuh! *bangga ni aku*

Langsir and ruang tamu. Bilik tak terkecuali.
Ni makeover yang paling buat aku pening. Ada je idea nak tukar position furniture tu..tapi, letihla nak heret sofa sorang-sorang. ada adik sebok dengan benda lain plak. Haish! Orang lain shopping untuk ruang tamu, aku shopping untuk bilik. Bed sheet baru wooo.. hehehe :P jangan tanya kenapa tiba-tiba aku beli. Bukan sebab raya okay?

Skill aku bertambah! 
Aku sekarang tengah praktikal. Yela, budak tak berapa pandai kan? Sebab tu la, lambat sikit ni,. Takpe, ayah kata pelan-pelan. Tapi, skill satu yang agak special ni aku belajar dekat QS firm ni. Heeee~ AKU DAH PANDAI ANYAM KETUPAT!! woot woot! walaupun ambil masa setengah hari genap aku siapkan 2 bijik ketupat ribbon buat hiasan dalam office tapi aku bangga okay? Korang smirking? takpe. aku pandai da sekarang. da boleh anyam ketupat dah. merasa la ketupat shana anyam ye tahun ni. hehehe

Raya tahun ni sunyiiiiiiii *sayu*
Arwah nenek da meninggalkan kita orang few months now. Tanggal 30 May lepas, nenek kesayangan meninggalkan kita orang. First day praktikal aku lak tu. *sayu* Jangan tanya aku sedih ke tak. Aku rapat dengan arwah. Tahun ni sunyi. Dah tak merasa pajeri nenas nenek masak. bubur durian, cucur pisang, etc.
Oh, ayah pun tak beraya dengan kita orang tahun ni buat kali ke-2. Ayah, rinduuuuu. agaknya ayah raya kat Sibu kot tahun ni. Drive safe ayah. dah dah dah tamau sedih2 nanti kang batal pose aku. For whatever happens, I love my family and no matter what happen, i'll stay.


Finally!
Selamat hari raya aidilfitri korang.Moga raya tahun ni meriah2 la ye? *aku tak tau nak cakap apa. Tunggu first day raya je lar*

No comments:

Post a Comment