Friday, May 20, 2011

Panahan cinta!

Sang cupid sentiasa ada dalam kisah cinta romantis menunggu masa tiba untuk si dia bekerja. Menarik busur panah cinta dihalakan tepat pada hati kita. Lantas dengan izin-Nya sang kumbang jatuh cinta. Berhati-hati mengatur langkah takut tersilap langkah lalu terjerumus jatuh ke dalam lumpur. Bila sang bunga mula membalas maka lahirlah hati yang mulanya berdua menjadi satu. Segalanya mula menjadi indah. Bagaikan dunia dia yang punya.

Namun hati-hati, hidup ini tak semestinya sentiasa di atas. Hidup ini macam roda. Kadang-kadang di atas. Kadang-kadang di bawah. Ada pasang surutnya. Sang kumbang mulai bosan, sang bunga pula mula goyah pangkalnya. Harus diingatkan bahawa kalau tangan bertepuk sebelah saja ia takkan berbunyi sampai bila-bila pun.

Hanya doa dan harapan yang sentiasa ada. Wahai manusia, jangan pernah kau kenal erti putus asa. Teruskan hingga ke nafas yang terakhir. Dan sekiranya, kau masih juga jatuh bangkitlah semula. Pilihlah jalan yang mampu buat dirimu bahagia. :)



p/s: lumrah manusia dalam bercinta takkan pernah putus asa. Timing is everything.


No comments:

Post a Comment