Wednesday, May 4, 2011

Gaining back the strength that was once hers.

*the phone is ringing.stares at the phone.*

Pick up the phone call.

Tekap telefon bimbit dekat dengan telinga kanan.
Suara kedengaran di corong sebelah.
Suara lelaki; air mata bercucuran.

"ayah, anak ayah dah tak kuat. dah xmacam dulu"
"ayah, anak ayah yang jahil ni nak mintak maaf. "
"ayah, anak ayah ni hanya insan biasa yang punya banyak kekurangan"
"yang orang lihat dengan pandangan jelek"
"yang orang tak pernah peduli hanyalah yang buruknya sahaja"

"ayah" *genggam tangan kuat-kuat,tutup mata ketat-ketat*
"ayah,kenapa ayah kuat? lalui semua benda seorang diri? tanpa ditemani sesiapa"

yang hanya ada cuma 3 ekor kucing parsi yang megah dengan bulu lebatnya, 12 ekor hamsters yang semakin hari dimamah hari *monolog si anak*

lalu si ayah pun berkata :

"anak, kau harus kuat. kita kena tempuhi apa jua yang berlaku dalam hidup ini tak kira apa pun dugaan yang menimpa. itu tandanya ALLAH sayang pada kita. ALLAH tengok kita. ALLAH nak kita selalu berdoa pada-Nya. Dia dambakan doa kita anak."

*air mata semakin deras bercucuran*

"ayah umpama buangan di bumi kelahiran arwah datukmu, nak"
"ayah kekadang merasakan tiada gunanya hidup di dunia lagi. Namun, ALLAH pasti kecewa kiranya kita melarikan diri dari masalah. Dia mahukan kita sentiasa berdoa pada-Nya. Kerna Dialah yang menciptakan, Dialah yang berkuasa, nak"

"kau harus tabah. kau harus kuat. ingat, ALLAH sentiasa melihatmu. Jangan mengeluh."
"Assalamualaikum, anak. Selamat malam."

Si anak menjawab salam namun masih menangis. Betapa kuatnya si ayah melalui segala macam onak duri selama 46 tahun. Namun anak sudah mengeluh, padahal baru 21 tahun merasa onak ranjau.


p/s:

  • sentiasa kuat melalui apa sahaja dugaan. Allah Maha Mengetahui, Dia lah yang Maha Kuasa. Jangan putus berdoa. *pesanan untuk diri sendiri juga* 
  • berapa kali solat sunat bukan ukuran iman. sekuat mana iman, sekuat itulah tiang agama kita. 

No comments:

Post a Comment