Sunday, August 21, 2011

time flies by but nothing big will change except for our age eh?

Ramadhan ke Syawal

time flies. dari bulan Ramadhan yang mulia ke bulan Syawal. kali ni semuanya aku rasakan sunyi. arwah nenek dah takde. ayah x sambut raya kali ni dengan ktaorang for the second year. aku tak tahu kenapa raya kali ni aku rasa sunyi sangat. rasa macam takde mood nak raya pun ada. tapi, bila aku tengok muka mummy, betapa bahagianya wajah yang bertemankan tangan yang sentiasa menguli tepung setiap kali raya, now the kitchen is hers again. :) ego ku menurun. aku jadi cair. aku tolong juga mummy di dapur. sekarang ni aku tak tahu berapa ramai anak gadis yang pergi dapur tolong ibu. lagi-lagi masa nak raya macam ni kan? untunglah bakal mertua. sejuk perut ibu mengandung ni. aku ni, seganas-ganas aku, serempit-rempit aku, aku pandai buat cake korang tahu? cookies pun aku pandai. cuma malas je. HAHA! tapi tu lar, kena ada kemahuan baru lah tangan aku bergerak kaki aku melangkah. *giggles* kalau tak, jangan harap lar ye?



Reports untuk L.I

Haaa...ni lagi satu benda aku kena settle cepat-cepat. kalau tak, naya. sekarang ni aku dah malas nak fikir pasal benda lain. nak fikir pasal report, pasal debate, pasal family aku. tapi aku takut semua ni buat aku jadi heartless lover balik. tahu tahu je aku dah berubah. tak lama mana pun, tak sampai satu tahun aku dah mula rasa nak give up. benda ni pulak kena ada 100% commitment and hardworking. tapi, macam aku tak tergerak langsung je nak habiskan cepat-cepat. mata aku pulak malam-malam sekarang cepat je nak tutup nak masuk layar bahtera nan indah. poyo je. pemalas betul. entah mana lah aku dapat penyakit nih.


Blog dan Perasaan


perasaan ni benda yang aku kira benda yang complicated. dulu, aku tak pernah nak fikir pun pasal benda ni. buat semak fikiran je. tapi sekarang, bila umur dah nak masuk 21 tahun aku rasa irritated/annoyed dengan diri sendiri yang tak pernah tak fikir pasal benda ni. menyampah mak nok..sekarang ni sampai dua blog aku buat. kadang-kadang tu aku rasa macam nak buat diri ni macam Prof Snape dalam Harry Potter series tu. Keras kat luar tapi dalam hati goyah. Tapi, bila dah jadi macam ni lak ada je orang tak puas hati. lagi lah aku menyampah dengan diri aku. ye tak? dah jadi myself karang, ada je orang nak aku berubah. takleh ke kalau aku jadi diri aku sendiri? nampak sangat kau orang tak terima aku seadanya kan?


Monday, August 15, 2011

I am surrounded

clock is ticking. hours are moving, days are passing.
i am surrounded by love that is in the air. 
but haters are everywhere. 

selfishness conquers and helping the anger to fill in the empty spaces. 
slowly deteriorating the sense of happiness and i'm no longer come to my sense.

before, words can't bring me down. 
look at me now. for what has happened. 
i can't even figured out why.
i can't even move my feet. 


Tuesday, August 2, 2011

aku goyah lagi.

sesaat demi sesaat berlalu. aku masih macam ni jugak. dok pandang je handphone kat sisi. tunggu apa pun aku sendiri tak tau. Windows Media Player ku tak habis-habis mainkan lagu Fauziah Latif, Francisca Peter dan Aishah. konon lah nak amek mood kan? masaalahnya, mood memang dah ada. nak luahkan dengan kata-kata tu yang payah. seumpama terkunci dari dalam. keluhan demi keluhan aku lepaskan perlahan. kadang-kadang berat. 
yang aku tahu dalam kepalaku terbayang wajah kamu. kata hati tidak berhenti membisikkan namamu di segenap ruang pelosok jiwa dan raga. aku rindu yang teramat. sudah tidak tertahan rasanya. tiba-tiba terfikir, beginikah rasa rindu Allah kepada ku yang khilaf? aku pasti rasa rindu yang ada pada-Nya lebih kuat daripada apa yang aku rasakan sekarang ini. berat aku rasakan kali ni. 

jiwaku goyah. hinggakan aku berjalan terumbang-ambing di lambung ombak rindu. ingin saja aku bisikkan pada angin lalu ; wahai kasih, aku rindu. pulanglah! aku menanti dengan penuh sabar di sini. ku depakan tangan, tapi apa yang aku peluk hanyalah bayang-bayang mu saja. *mengeluh..berat*

hatiku runsing. hinggakan makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah di buatnya. oh, beginikah rasa nya cinta? *risau*

aku tidak mampu berkata-kata lagi, tak mampu mendengar apa sahaja. satu yang ku tahu hanyalah, aku perlukan kamu. 

Friday, July 29, 2011

falling in love again.fullstop.

i think...(a long pause) i'm in love with more than a guy. *sighs* for you-know-who, you know it might be a bad sign but trust me, this isn't what i planned for our future.you are a nice guy well not most of the time. but still you are my boyfriend and i don't think you even realized that this post is even exists or even this blog. i love you yes i do since the first time i saw you clearly in front of me. but at that moment, things are kinda blur. and i have this feeling that you don't even care about me in the first place. yeah, considering my boyish attitude and whatsoever. but when we get into relationship, we were happy very very happy indeed in the first few months.

it's like i'm the sunshine and you are my flower that makes me happy all the time. we enjoy our moments together. cherished them together in our heart. but then, i realized its started to fade away. which is clearly this isn't a good thing. *sighs*

he came to my life without us knowing it. I'm sorry. i truly am. but somehow i couldn't resist his presence in my life. in between our relationship. you might think i'm an asshole. but who on earth can resist JOHNNY DEPP?

but no matter what happen, i won't leave you just like that. you stole my heart,gramps. and i couldn't resist you too. you are my reality, my presence and my future. Johnny Depp, he's only fantasy. :)

*smirk*


that's it. *waves goodbye*

Sunday, July 24, 2011

Heck Yeah!

Alhamdulillah, selamat dah menjejakkan kaki di bumi Kuala Lumpur. *senyum* Awal-awal lagi aku dah prepare list apa aku nak buat kat sini. Hoyeah! Nanti aku ada masa kang aku list down kan la yer? Sekarang beta nak masuk beradu dulu. hehehe. Night2 u ollss.. 

Friday, July 8, 2011

Bahasa Perindu

pertamanya, aku hanya manusia biasa yang mempunyai kemampuan yang agak terbatas. namun, aku mampu untuk berusaha sedaya upaya aku setakat yang aku mampu. aku mampu bertahan sekuat mana yang aku mampu. aku mampu bangkit sekali lagi walaupun sudah berjuta kali jatuh. 
keduanya, aku tahu siapa penghuni-penghuni hati aku. aku tahu siapa yang aku sayang. aku tahu siapa yang sentiasa menyinarkan hari-hari suram aku. aku tahu insan mana yang selalu hadir untuk aku di saat aku goyah. 
ketiganya, ya bahasa perindu ni aku sebenarnya bercakap tentang kau andainya kau tidak mengetahuinya. terpulang pada kau, apa yang ingin kau katakan selepas ini. aku lemah, ya aku mengakuinya. tapi, aku juga kuat dan mampu untuk bertahan hingga saat ini. walaupun jauh, namun aku tahu aku siapa, aku tahu hati aku untuk siapa. aku tahu apa impian aku. apa yang aku inginkan. 
aku juga tahu erti desakan, aku juga kadangkala mengerti lakonanmu. namun, aku tidak mampu membohongi hati ini yang ikhlas mengukir nama mu di dalamnya. walaupun sudah banyak kali dilukai segalanya. 
aku sebenarnya rindu, aku sebenarnya rindu yang teramat pada diri kamu. rindu yang sukar aku luahkan dengan kata-kata. hanya mata hati sahaja yang mampu berkata-kata. ingin sekali aku ulang kembali detik-detik lalu. ingin sekali aku pandang mata mu yang aku kira sangat menenangkan jiwaku. 
MR. S,  i rindu dekat you.
sekian. *sebak* 

Monday, July 4, 2011

*counting days*

sekarang,
tiap saat aku mengira waktu,
saban hari aku menunggu ia tiba,
penuh kesabaran.

Insya-Allah,
bahagia itu akan hadir juga. 

After quite a long while.

a night that is supposed to be filled with good activities turned out to be a very great nice night in a cozy place accompanied by favorite songs by live bands. it's been a long while since the last visit. companies haven't changed so much except for more people joining the club. *smile*

bestfriend :) a perfect companion at The Cottage. 

partner in crime. *gelak jahat*

yes! i know. i'm getting chubbier.

nampak kan? dulu ktorang kurus..sekarang? apacer?


I'm so lazy and malas to update more. so, yeah. something happened but somehow some things are better left unspoken :)

Monday, June 27, 2011

Hidup ini adil ke tak?

Kalau kopi takde gula or creamer rasa macam tak lengkap. tapi tak semua orang macam tu kan? some prefer susu instead of creamer. tapi, in the end result dia tetap sama. a perfect cup of coffee. dalam hidup ini pun, ada masam dan manis nya.

manis yang kita rasa berlainan namun mampu memberikan senyuman yang bukan palsu sepanjang hari. walaupun hanya untuk seketika, itu yang akan kita ingat sampai bila-bila.

masam yang buat kita mengalah, terasa seperti kepala lutut tidak mampu untuk bangkit semula. mengalah seolah-olah kita telah kehabisan tenaga yang tidak mampu untuk di refill semula.

bopren aku kata, sekarang ni learning curve aku. semua benda buat aku rasa macam nak emo. hari-hari aku kena menghadap benda yang sama. *sedih* betul lah apa orang kata, kalau kita jauh dari ALLAH, Dia pun akan menjauhkan diri dari kita.

kalau ikutkan stressed ni dah lama aku lari. biar semua orang tak tahu aku kat mana. aku tak tahu sampai bila aku boleh handle semua ni. bila aku mengadu dengan bopren, tau apa dia cakap? "nak nikah lepas diploma?" *giggles* kalau aku angguk pun bukan dia nampak kan? cakap pun via phone jer. aku nak semua stable, then my own life. aku tak sabar nak rasa life yang aku betul-betul berdiri atas kaki aku sendiri. aku tahu, aku kena kuat nak lalui semua ni. bila aku mengadu dengan kawan aku, dia kata aku dah lama sangat kuat. sebab tu air mata tak habis-habis nak mengalir. dia kata dunia ni berbeza, cara orang release tension juga berbeza. dia kata dalam diri aku ada hero yang akan sambut aku kalau aku jatuh. tapi, kenapa bila aku jatuh semalam yang ada hanyalah bopren, kiki, ayee and ayah. aku tahu sorang pun taleh nak buat apa-apa kecuali to calm me down. aku dilemma. aku tahu by rights aku dah boleh duduk sendiri, or to choose to live with who. tapi, kalau aku pergi nanti siapa nak call ayah malam-malam nangis mengadu? nanti siapa nak buat coffee terbaik untuk mummy? siapa nak gosokkan baju Adik?

aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan dengan hidup macam ni. dah nak masuk 21 tahun aku hidup, dalam masa ni jugak la aku mampu bertahan dari kecik. so, kau rasa aku mampu bertahan untuk tahun-tahun yang seterusnya? *ragu-ragu* bila saat-saat macam ni, aku rindukan arwah nenek. kalau ada arwah, mesti dia faham macam mana aku rasa. sekarang, aku buntu. kalau boleh, hari ni jugak aku lari. mulakan hidup baru. aku betul-betul tak tahan. tapi ayah selalu cakap, ALLAH menguji tu tandanya Dia sayang.


kalau masa-masa macam ni aku teringat dekat lagu Through The Rain by Mariah Carey. betul-betul mengena dengan situasi aku. nak bait-bait kata lagu tu? nahh..hamek korang. lepas tu hayati betul-betul. aku sampai mampu mengalirkan air mata setiap kali aku dengar lagu ni.

When you get caught in the rain
With no where to run
When you're distraught and in pain without anyone
When you keep crying out to be saved

But nobody comes and you feel so far away
That you just can't find your way home
You can get there alone
It's okay, what you say is

I can make it through the rain, I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

And if you keep falling down, don't you dare give in
You will arise safe and sound, so keep pressing on steadfastly
And you'll find what you need to prevail
What you say is

I can make it through the rain, I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

And when the rain blows, as shadows grow close
Don't be afraid, there's nothing you can't face
And should they tell you, you'll never pull through
Don't hesitate, stand tall and say

I can make it through the rain, I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

I can make it through the rain
As I live once again
And I live one more day
I can make it through the rain
Yes you can
You gonna make it through the rain





sedih tak? *kesat air mata jatuh* dahlah, aku nak layan perasaan. *duduk seorang menangis* 

Sunday, June 26, 2011

aku : part III

aku kira jiwaku yang masih muda remaja ini masih lemah, kudrat seorang perempuan muda juga ada namun aku seolah-olah tidak mempunyai tenaga untuk menguruskan segalanya. lalu, dengan itu sekali lagi di bawah kesuraman lampu tidur ini aku biarkan jemari yang tidak runcing ini menari di atas keyboard laptop dengan lancarnya.

aku tidak ubah seperti burung yang kehilangan sayapnya, sama seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya. bukan sekali dua, malah sering kali aku merasakan diri ini sentiasa bertopengkan senyuman palsu. sampai bilakah?

aku sama sahaja seperti kalian. cuma pembawaan watak kita dalam dunia realiti ini berbeda. justeru, jangan disamakan emas dengan permata. aku juga punya harapan. sama seperti kalian juga. hanya masa yang menentukan bila senyuman itu akan pudar.



p/s: kalau kamu belum menemui jawapan yang pasti, apatah lagi aku. kata bopren: ini learning curve aku. *mengeluh* 

Wednesday, June 22, 2011

I am having one of those weeks where my middle finger answers each of your questions!

I'm having one of the hell weeks. It hurts me a lot. With the sickness and painful tummy ache, with my fragile heart, with my tired brain to think rationally. Apparently, I'm a villain this week. Gah! Though words said sound exaggerated but somehow it shows what is deep in my heart.

Everything seems normal in the very first place then it slowly going through a revolution to be the evil stuffs. I wasn't scared thinking that I'm strong enough to face all of the challenges solely. But then I realize, who am I in this world and who's greater and stronger than me.

I somehow turn out to be very fragile when i'm stressed. Everything that I do will don't seems right to me and not only the things that I do, what people do/say around me also affects me so much. Shite!






Sunday, June 19, 2011

Sunday Morning

Sunday morning rain is falling
Steal some covers share some skin
Clouds are shrouding us in moments unforgettable
You twist to fit the mold that I am in
But things just get so crazy living life gets hard to do
And I would gladly hit the road get up and go if I knew
That someday it would lead me back to you

Sunday Morning- Maroon 5 

ada paham bait-bait lirik kat atas tu? ke nak aku buat translation tak bertauliah? baik tak payah. kang nanti makin teruk lak ayat-ayat yang dah tersusun rapi tu aku rosakkan. Yes! Happy Sunday people! :) may you have a bless Sunday today eh? 

kalau kita teliti and fahami bait-bait lirik dekat atas tu confirm kita akan kaitkan dengan life kita yang sekarang ni kan? hari demi hari hidup ni semakin sukar. kekadang kita merasakan pengalaman yang kita ada sekarang sudah cukup untuk kita lalui benda yang mendatang but somewhat kita tumpas juga dalam dunia kita sendiri. 

sejauh mana pun kita lari kalau dah itu takdirnya, kita kena redha :) chey! macam novel pulak dah. tapi betul lah, kita kena menerima dengan hati yang pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya. walaupun macam tu, we have to stand up again (don't stop!) don't stop trying and if you sick of the same way, change it to something better. who knows the next initiative can brings happiness in your life, can at least satisfied what you want. betul x?  

hurm, aku ni suruh orang buat macam tu reti lar. bila dah diri sendiri kena, siaplah satu UiTM ni emo sebab aku. wahaha! dah dah malas dah. okay chow!

Saturday, June 18, 2011

aku : part II

pernah suatu ketika aku menghadapi tekanan tahap terlampau sehingga aku sanggup untuk membunuh diri. Astaghfirullah. manusia ni sentiasa lemah kan? kalau kita menjauhkan diri dari Allah, Dia pun jauh dari kita. *mengeluh* sedar diri ini punya banyak kekurangan, sentiasa melakukan kekhilafan yang entah apa-apa. 

tapi, manusia tak pernah nak stop, nak berhenti dari kejahilan, tak pernah nak bertaubat nasuha. kalau bertaubat pun lepas tu buat balik. hurmph.kenapa payah sangat? hurmmm Shana? 

Wednesday, June 15, 2011

kau talam dua muka!

pernah dengar kata-kata ni? "Born in Heaven Brought Up in Hell, Angel and Devil Hard to Tell" <-- this is my situation right now. so call.I am born in the heaven and my surroundings are like HELL so i brought up in hell. not to say that the earth has turned or changed to be hell but you know that kids are now growing up based on what they see, what they hear etc right? so, this actually what happened to me. 


i can be very cruel and i also tend to be easily tamed by certain people. ONLY APPLIES to certain people. provided that if i know those people very well and they know the real me as well. my policies are simple, you treat me nicely i'll treat you better. but if you treat me bullshit-ly, i can treat you f**k-ingly evil. so, beware. 


I came out with a warning label. I may cause laughing, crying, fun and also anger. Don't take it if you have allergic reactions to the truth. I also don't speak to 'strangers' so, if you realize that i'm ignoring you, then you are one of them. as i've said earlier my policies are simple.


the reasons why i brought up this issues is because recently a very best friend of mine has backstabbing me before he actually realize that i'm actually The Red Riding Hood clan.. I can bite but I won't show myself to you. I'll come to you in my werewolf form. I'll be your sweetest nightmare, i'll accompany you late at night, i'll be your greatest fear *too much ranting causes me to do the evil laugh and imagination beyond logical mind* 


*winks* does that makes you scared? oh no! you're one of the people that are not afraid of what other people think of you. so, want me to try harder? just wait til the night come then :)








p/s: sorry if i'm making you scared. and maaf kalau terasa

Monday, June 13, 2011

aku nak nikah?!

dan salah seorang sahabat aku bakal mendirikan masjid tak lama lagi. cincin merisik sudah pun diberikan kepada pihak perempuan. last week pulak, seorang lagi sahabat aku telah pun menikah dengan lelaki pilihan hati bersama restu dari kedua belah pihak. syabas :) aku doakan korang semua bahagia hendaknya. 

perasaan aku? happy! bahagia sangat-sangat. yelaa.. orang yang kita sayang nak mendirikan masjid kenala happy kan? plus, they always be there when i need them :) so, i don't think being happy when they are happy are categorized as harming other people's live. :)

tapi, terselit juga cemburu dalam hati aku. sikit je tak banyak. sebab rata-rata member aku yang sebaya ramai yang dah nikah. :) aku? haha! aku muda lagi. lambat lagi nak nikah kot. :) habiskan study dulu la. lepas tu dah ada career, rumah 2 bijik, sporty cars ada 3 bijik baru la aku nak fikir pasal nikah kot. haha!

tapi, sekali lagi nak ingatkan. jodoh pertemuan segalanya di tangan Allah. kita hanya mampu berdoa dan berusaha ye x? *senyum simpul*

Bersabarlah. Let it be. *senyum*

hari-hari yang berlalu kian suram namun tidak semestinya hari yang mendatang juga suram. terpulang pada kita untuk mencoraknya walaupun Allah s.w.t yang berkuasa. kalau bukan kita mengubahnya siapa lagi? andai kiranya Allah mengubahnya, ingatlah bahawa kita hanya merancang Yang Berkuasa menentukannya.

aku kira masuk kali ini sudah beberapa kali aku post up entry yang agak matured kononnya bagi pihak aku. kadang-kadang jiwa aku merasakan tidak tenteram sekiranya aku tidak menulis. dalam kepalaku tercorak berbagai kisah, tergambar berbagai ragam manusia. namun, something are better left unsaid. sering kali aku tersentak dengan alunan lagu yang bermain di corong radio mahupun mp3 ku yang seumpama memerli aku. *mengeluh panjang*

aku tidak faham apa maksud semua ini. aku seumpama dalam bayang-bayang ku sendiri. kekadang aku merasakan semua ini bagaikan mimpi. aku perlukan seseorang yang mampu menterjemahkan segalanya. sekali lagi, jiwa kecilku mengarahkan aku untuk bermunajat pada Nya Yang Esa. aku sedar aku hanyalah insan kerdil yang punya banyak kelemahannya. aku juga sedar semua yang Allah berikan, kurniakan pada aku sekarang hanyalah pinjaman.

percayalah, dalam melalui kesempitan ini aku juga jumpa rama-rama yang aku pasti sebelum terbang bebas dia jua ketemu kepayahan untuk mengebarkan sayapnya yang masih basah untuk dikeringkan. percayalah jua, dalam melalui onak yang berduri ini ku temui juga bunga mawar yang harum wanginya memenuhi segenap ruang kosong di alam nyata ini. walaupun berduri, aku faham ia juga mahu melindungi dirinya.
*senyum simpul*

percayalah, aku memahami semua itu. namun, aku sedar pertolongan aku juga ada batasnya. nasib dan ketentuan boleh diubah walaupun kita hanya merancang Allah menentukan.tapi, tidak salah untuk kita mencubakan? no harm done i believe. justeru itu, untuk kita sekali lagi aku ulang UNTUK KITA aku akan mencuba sedaya upayanya. aku akan mencuba untuk melalui segalanya yang menghalang. semoga Allah turut memudahkan segalanya buat kita. Amin Ya Rabbal Al-Amin. *senyum lebar*



p/s: kalau kita ikhlas, sabar, redha dengan ketentuan-Nya percayalah Allah sudah pun merancang benda yang lebih elok, molek buat kita. Justeru itu, sabar ye?

sekian. :)

Saturday, June 11, 2011

aku : part I

Aku sebenanrnya tahu apa yang ada di dalam kepala aku sekarang ni. Bukan effect baca novel mahupun tengok movie X-Men First Class. Semua itu tidak punya satu kaitan pun dengan apa yang bersarang dalam kepala aku sekarang ni.

tetiba pulak aku flashback. tengah hari Jumaat (semalam) aku duduk seorang di Starbucks. risau lah pulak duduk seorang diri. bukan tak suka, tapi cuak! sampai bila aku nak duduk macam ni? sampai bila aku nak pendam? sampai bila aku duduk tanpa berteman? aku rindu!! rindu sangat. tapi, aku tahu sempadan aku di mana.

Tiba-tiba je air mata aku mengalir. bukan aku pinta ia mengalir. kekadang hidup ini sekadar mempermainkan kita je. manis di bibir je kan? *mengeluh*

Kau orang percaya pada cinta pertama? cinta pandang pertama? aku rasa macam aku dah banyak berubah sekarang ni. aku dah tak macam diri aku yang lama. lately ni, secara jujurnya aku banyak memikirkan masa depan. tak tahu apa yang akan berlaku. hajat arwah nenek sering kali terbayang dalam kotak fikiranku. memikirkan itu, aku jadi pilu. cinta ni bahaya! buat manusia buta, lalai! ya, aku bahagia. namun, perasaan ku juga bercampur baur. sekejap senyum sekejap menangis. dah mereng agak nya. tapi, aku tahu aku bijak menutup kesedihan. :) malah, i'm an expert. but somehow, they still can see the sadness and sorrow in my life.

bila soalan di ajukan, aku tahu aku menjawab secara jujurnya. aku tahu betapa nekadnya keputusan aku. aku tahu aku tak tahu apa akan terjadi selepas ini. tapi, aku percaya lirik lagu Jamie Cullum : Love ain't gonna let  you down tu ada benarnya. tapi, sedalam mana kebenaran itu tak mampu aku gali atas limitation otak manusia.

hey, aku juga manusia biasa seperti kamu okay? namun, aku juga mahu bahagia. mengecap kebahagiaan seperti orang lain. jujur ku mengatakan, aku cemburu! cemburu dengan mereka yang bahagia. rahsia mereka? ikhlas! kalau kita ikhlas, Allah pun ikhlas pada kita. *menarik nafas panjang*

kesimpulannya, kalau kita mahu bahagia kita sendiri kena usaha. yang penting ikhlas. jadi, sekarang ni aku kena ikhlas la ye?


aku tahu aku banyak mencarut, tapi ini je terapi aku buat sekarang ni. bagi aku, ini lah life aku sekarang. i'm not alone but the fact is i feel lonely. benda yang menakutkan bukan? tapi aku tahu, fact can also be incorrect. fakta yang tak dikaji betul betul. aku tahu semua tu hanya mainan perasaan. tapi, mainan perasaan ini jugalah yang boleh membunuh. bahaya kan? nampak macam harmless je.

sudahlah! aku nak masuk beradu. malas nak layan emosi tak menentu. hanya aku sahaja yang paham hati ini. hanya aku yang paham apa yang aku lalui. hanya aku yang paham, macam mana peritnya perjalanan aku. aku tak minta sesiapa faham.

cuma kekadang, aku juga mahu di manjakan, mahu punya bahu untuk aku menangis, mahu punya tangan untuk digapai saat aku jatuh tersungkur. semuanya, aku sisip kemas dalam hati. aku pasti, suatu hari nanti aku juga punyai kebahagiaan. it's just a matter of time. yeap!

Sunday, June 5, 2011

Give My All

It's a waste 
Giving up just like that
Having faith of something that is not worth it.

It's a waste
Living a life as if it's a true happiness
Living a life as if there's nothing wrong with it

It's a waste 
When you fucking care
But no one really cares

It's a waste
When things go wrong 
When you believe there's actually a way for you to survive




F***king demmit! Why bother Shana? 

Saturday, June 4, 2011

I.N.T.E.R.N.S.H.I.P vs Hati Pilu.

Tanggal 30 Mei lepas was my first day of internship. :) tak sabar-sabar. sampai gelut di buatnya. siap tak tidur malam lagi ni sebab nervous breakdown. HAHA! 


So, I started my day a little bit different from the usual ( in sense of having breakfast of course ) pagi-pagi la rumah dah kecoh dengan suara aku. Bila ingat balik, macam kelakar je. Nervous mengalahkan orang yang nak nikah ni. haish! 


Tapi, before gerak nak pergi kerja pagi tu Mummy told me that Grandma will be in Kuching General Hospital soon. She coughs non stop the night before. Sangat risau! Dahla first day practical ni, aduyai..risau di buatnya.. kalau boleh nak je stay kat sebelah nenek. nenek yang duk menatang aku bagai minyak yang penuh. Yang manjakan aku dari kecik. yang aku sapu lengannya dengan lotion tiap kali aku balik kampung. Yang aku merengek manja mahukan bubur durian, pajeri nenas dan goreng pisang hasil air tangan beliau. 


11.30 a.m ( Pejabat Juruukur Bahan Tema Sdn. Bhd ) : - aku menerima panggilan dari ibu tercinta. Suaranya sayu, sampai aku terkedu. Tidak perlu ibu menyuarakan apa-apa, aku sudah tahu hujung pangkalnya. ='( sayu,sedih,rinduu..rindu yang teramat. Nenek telah meninggal dunia. Innalillah hi wa innalillah hi rajiuun. :'(

Lantas aku bergegas menuruni anak tangga pejabat yang bisa menumbangkan sesiapa yang mengenakan heels setinggi 3 inci serupa diva. On-leave! Baru first day, namun tidak ku peduli kata-kata sumbang. Yang pasti, niat ku hanya satu. Fikiranku celaru. Hatiku gundah gulana. Kaki menapak sepantas yang dimampu setibanya aku di hospital. Jari jemari Ana (sepupu tersayang) ku genggam kemas. Rapi, tiada tanda-tanda mahu melepaskan. Harus kuat bersama-sama. 



Sekujur tubuh kaku di atas katil. ='( hatiku sebak. Pemergian yang tersayang bukan pintaku namun  harus diterima juga walaupun perit. Terus aku menyinsing lengan baju kurung putih berbunga merah ke siku, sedia untuk mengambil wudhu. Menyedekahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada arwah. Air mata yang ditahan oleh ego lancar menuruni pipi. Ternyata ego ku tidaklah sekuat mana. Hancur remuk dek kasih sayang seorang cucu sulung kepada nenda. 


Malam itu, arwah dibawa balik ke kampung halaman. Di mana beliau melambaikan tangan dan menitiskan air mata kasih beliau apabila melihat kami pulang ke kota yang hiruk pikuk. ='( Malam itu Alhamdulillah, arwah tak sunyi. Tak putus-putus ayat-ayat al-Quran disedekahkan kepada beliau. Sekujur tubuh yang kaku itu aku lihat lagi, aku renung. Aku tumpas lagi. Air mata menitis lagi. Kini, tiada lagi bubur durian, pajeri nenas dan pisang goreng hasil air tangan nenek. Rinduu.. rindu yang teramat. 


Nenek, Kak Nur nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kak Nur tak sangka malam tu last kakak cium pipi nenek. Badan nenek panas. Mata nenek kuyu. Badan nenek lemah. Nenek berjalan harus dipimpin. Nenek, kakak rindu nenek. Tak puas rasanya 21 tahun ni hidup dengan nenek. Tapi, kakak tak mampu nak buat apa-apa. Allah lebih menyayangi nenek. Kakak doa semoga roh nenek aman. Kakak janji kakak takkan lupakan jasa baik nenek jaga kakak dari baby sampai sekarang. Kakak rindu nenek. 


Sekarang kan nenek, rumah sunyi. Takde dah suara nenek melarang adik-adik bising lari sana-sini dalam rumah. Takde dah tengok lambaian tangan nenek dekat tingkap macam biasa. Kakak sayu. Kakak rindu. Nampak bilik nenek je mesti teringat kat nenek. Nampak kerusi single tu terus teringat nenek. Nenek, kakak bawak balik tudung nenek. Baju kebaya nenek, kakak mintak izin simpan kan ye? Tu je yang ada untuk kakak. Kakak sayangkan nenek. sayang sangat-sangat. rindu yang teramat. 


Esoknya, kakak dan adik-adik hantar nenek ke kubur. Before tu, kakak sempat cium dahi sejuk nenek. Nenek senyum, kakak rindu. Sayang nenek. Kakak baca lagi Surah Yaasiin.. Moga-moga segalanya berjalan lancar. Tak perlu lah kakak detailkan sangat. cukuplah kakak tahu apa jadi masa hari tu.. 


Sampai je dekat tanah perkuburan, kami sempat tengok wajah bersih nenda tercinta. Wajah nenek bersih. Selesai semua, terasa semakin kosong. Cuaca seumpama memahami, Allah Maha Adil. Cuaca panas berangin mengiringi pemergian kami. 




Nenek, percayalah. Kakak takkan lupakan nenek. I love you so much nenek. Walaupun nenek takkan dapat baca benda ni semua, kakak tahu nenek tetap ada bersama kami.Dekat dalam hati. I love you so much nenek. I miss you a lot too. Semoga roh nenek dicucuri rahmat dari Illahi. Amin. 






Ikhlas, 
Kak Nur. 

Friday, June 3, 2011

Blog ni umpama Online Diary aku.

Tajuk tu cukup obvious untuk aku. So, dengan itu aku rasa macam okay je kalau aku post up benda yang boleh jadi reminder untuk aku. Sebab, at times i'll view this page again and see how days passed and what i've gone through all this while. Betul x?