Saturday, June 11, 2011

aku : part I

Aku sebenanrnya tahu apa yang ada di dalam kepala aku sekarang ni. Bukan effect baca novel mahupun tengok movie X-Men First Class. Semua itu tidak punya satu kaitan pun dengan apa yang bersarang dalam kepala aku sekarang ni.

tetiba pulak aku flashback. tengah hari Jumaat (semalam) aku duduk seorang di Starbucks. risau lah pulak duduk seorang diri. bukan tak suka, tapi cuak! sampai bila aku nak duduk macam ni? sampai bila aku nak pendam? sampai bila aku duduk tanpa berteman? aku rindu!! rindu sangat. tapi, aku tahu sempadan aku di mana.

Tiba-tiba je air mata aku mengalir. bukan aku pinta ia mengalir. kekadang hidup ini sekadar mempermainkan kita je. manis di bibir je kan? *mengeluh*

Kau orang percaya pada cinta pertama? cinta pandang pertama? aku rasa macam aku dah banyak berubah sekarang ni. aku dah tak macam diri aku yang lama. lately ni, secara jujurnya aku banyak memikirkan masa depan. tak tahu apa yang akan berlaku. hajat arwah nenek sering kali terbayang dalam kotak fikiranku. memikirkan itu, aku jadi pilu. cinta ni bahaya! buat manusia buta, lalai! ya, aku bahagia. namun, perasaan ku juga bercampur baur. sekejap senyum sekejap menangis. dah mereng agak nya. tapi, aku tahu aku bijak menutup kesedihan. :) malah, i'm an expert. but somehow, they still can see the sadness and sorrow in my life.

bila soalan di ajukan, aku tahu aku menjawab secara jujurnya. aku tahu betapa nekadnya keputusan aku. aku tahu aku tak tahu apa akan terjadi selepas ini. tapi, aku percaya lirik lagu Jamie Cullum : Love ain't gonna let  you down tu ada benarnya. tapi, sedalam mana kebenaran itu tak mampu aku gali atas limitation otak manusia.

hey, aku juga manusia biasa seperti kamu okay? namun, aku juga mahu bahagia. mengecap kebahagiaan seperti orang lain. jujur ku mengatakan, aku cemburu! cemburu dengan mereka yang bahagia. rahsia mereka? ikhlas! kalau kita ikhlas, Allah pun ikhlas pada kita. *menarik nafas panjang*

kesimpulannya, kalau kita mahu bahagia kita sendiri kena usaha. yang penting ikhlas. jadi, sekarang ni aku kena ikhlas la ye?


aku tahu aku banyak mencarut, tapi ini je terapi aku buat sekarang ni. bagi aku, ini lah life aku sekarang. i'm not alone but the fact is i feel lonely. benda yang menakutkan bukan? tapi aku tahu, fact can also be incorrect. fakta yang tak dikaji betul betul. aku tahu semua tu hanya mainan perasaan. tapi, mainan perasaan ini jugalah yang boleh membunuh. bahaya kan? nampak macam harmless je.

sudahlah! aku nak masuk beradu. malas nak layan emosi tak menentu. hanya aku sahaja yang paham hati ini. hanya aku yang paham apa yang aku lalui. hanya aku yang paham, macam mana peritnya perjalanan aku. aku tak minta sesiapa faham.

cuma kekadang, aku juga mahu di manjakan, mahu punya bahu untuk aku menangis, mahu punya tangan untuk digapai saat aku jatuh tersungkur. semuanya, aku sisip kemas dalam hati. aku pasti, suatu hari nanti aku juga punyai kebahagiaan. it's just a matter of time. yeap!

No comments:

Post a Comment