pertamanya, aku hanya manusia biasa yang mempunyai kemampuan yang agak terbatas. namun, aku mampu untuk berusaha sedaya upaya aku setakat yang aku mampu. aku mampu bertahan sekuat mana yang aku mampu. aku mampu bangkit sekali lagi walaupun sudah berjuta kali jatuh.
keduanya, aku tahu siapa penghuni-penghuni hati aku. aku tahu siapa yang aku sayang. aku tahu siapa yang sentiasa menyinarkan hari-hari suram aku. aku tahu insan mana yang selalu hadir untuk aku di saat aku goyah.
ketiganya, ya bahasa perindu ni aku sebenarnya bercakap tentang kau andainya kau tidak mengetahuinya. terpulang pada kau, apa yang ingin kau katakan selepas ini. aku lemah, ya aku mengakuinya. tapi, aku juga kuat dan mampu untuk bertahan hingga saat ini. walaupun jauh, namun aku tahu aku siapa, aku tahu hati aku untuk siapa. aku tahu apa impian aku. apa yang aku inginkan.
aku juga tahu erti desakan, aku juga kadangkala mengerti lakonanmu. namun, aku tidak mampu membohongi hati ini yang ikhlas mengukir nama mu di dalamnya. walaupun sudah banyak kali dilukai segalanya.
aku sebenarnya rindu, aku sebenarnya rindu yang teramat pada diri kamu. rindu yang sukar aku luahkan dengan kata-kata. hanya mata hati sahaja yang mampu berkata-kata. ingin sekali aku ulang kembali detik-detik lalu. ingin sekali aku pandang mata mu yang aku kira sangat menenangkan jiwaku.
MR. S, i rindu dekat you.
sekian. *sebak*
No comments:
Post a Comment