Friday, August 26, 2011

aku sentap kalau kau tak faham.

susah betul nak jaga hati dan perasaan orang ni kan? aku sentap kalau kau tak faham. aku sedih. air mata mengalir terus lepas aku baca comment kau. and maafkan aku, aku remove post tu sebab aku bukan manusia yang suka orang baca comment kau dgn aku kalau gaduh-gaduh. aku tau aku cukup immature. aku remove benda tu sebab aku jaga air muka kau. orang boleh predict aku gaduh dengan kau, kau marah kat aku ke apa ke pasal benda tu. aku tak kata kau tak grateful. sikit pun takde niat nak kata benda-benda macam tu. cuma, benda-benda macam ni aku rasa kalau nak gurau pun salah timing. betul-betul salah timing. kang kalau aku tak explain, apa lak fikir kawan kau? nak fikir pasal perasaan kau je sekarang eh? tak ingat apa janji kita? plus, we agreed earlier on benda-benda yang boleh bawak gurau macam mane. remember, the scene in the car?

aku tak marah kat kau, malah aku rasa kau yang marah kat aku sekarang. pasal apa pun aku tak tau.

*sentap. duduk dekat sudut nanges sorang2* 

Yeay! Tak lama lagi raya!

Ramadhan bakal meninggalkan kita lagi dua tiga hari. Setakat ini, aku rasa ramai yang dah mula kemas-kemas rumah, siapkan apa yang patut. Kek dan biskut dah ada kat dalam kitchen cabinet. Baju kurung, baju melayu berpasang-pasang dalam closet. Kasut raya pun dah beli. Semangat ye korang? Tamau tanya aku ke?

Cake and cookies
ni benda yang aku paling expert. I love baking so much tapi tu la kan penyakit 'M' tu sentiasa ada. Bukannya dugaan di bulan puasa ni. Ni nafsu malas menjelma. Tahun ini aku dapat contract buat cookies and cheese cakes je. Ada tiga empat lima jenis aku dah siapkan. Hurm. I'm pretty sure that most of the people in Kuching will served layered cakes masa raya macam ni. Al-maklumlah, benda fofular kat sini kan? Heeee~~ Mummy pun non-stop baking ni kalau ada kat rumah. Kalau terlelap lepas berbuka, terjaga je aku hidu bau manis. Bau kek lapis! hehehe. Oh, btw Choc chip cookies and Kek Lapis India dah sampai dengan selamatnya kat rumah Pak Cik Tiger. Katanya, cookies tu dia baham masa tengah online. Bila aku tanya "sheeedddaaaappp taakkk?" dia kata "ssheeeddaaapp..da bomb" fuh! *bangga ni aku*

Langsir and ruang tamu. Bilik tak terkecuali.
Ni makeover yang paling buat aku pening. Ada je idea nak tukar position furniture tu..tapi, letihla nak heret sofa sorang-sorang. ada adik sebok dengan benda lain plak. Haish! Orang lain shopping untuk ruang tamu, aku shopping untuk bilik. Bed sheet baru wooo.. hehehe :P jangan tanya kenapa tiba-tiba aku beli. Bukan sebab raya okay?

Skill aku bertambah! 
Aku sekarang tengah praktikal. Yela, budak tak berapa pandai kan? Sebab tu la, lambat sikit ni,. Takpe, ayah kata pelan-pelan. Tapi, skill satu yang agak special ni aku belajar dekat QS firm ni. Heeee~ AKU DAH PANDAI ANYAM KETUPAT!! woot woot! walaupun ambil masa setengah hari genap aku siapkan 2 bijik ketupat ribbon buat hiasan dalam office tapi aku bangga okay? Korang smirking? takpe. aku pandai da sekarang. da boleh anyam ketupat dah. merasa la ketupat shana anyam ye tahun ni. hehehe

Raya tahun ni sunyiiiiiiii *sayu*
Arwah nenek da meninggalkan kita orang few months now. Tanggal 30 May lepas, nenek kesayangan meninggalkan kita orang. First day praktikal aku lak tu. *sayu* Jangan tanya aku sedih ke tak. Aku rapat dengan arwah. Tahun ni sunyi. Dah tak merasa pajeri nenas nenek masak. bubur durian, cucur pisang, etc.
Oh, ayah pun tak beraya dengan kita orang tahun ni buat kali ke-2. Ayah, rinduuuuu. agaknya ayah raya kat Sibu kot tahun ni. Drive safe ayah. dah dah dah tamau sedih2 nanti kang batal pose aku. For whatever happens, I love my family and no matter what happen, i'll stay.


Finally!
Selamat hari raya aidilfitri korang.Moga raya tahun ni meriah2 la ye? *aku tak tau nak cakap apa. Tunggu first day raya je lar*

Thursday, August 25, 2011

The thing that makes me go wild wilder wildest. Yes, Mr.Macs aren't human.

we are getting closer to the end of Ramadhan and still my appetite stays the same. Nothing changed. Starbucks, McDonalds, Pizza Hut, Kolo Mee. ah demmit! apparently trying to lose weight in holy fasting month aren't my thing. gosh. people once told me this:-

If berulamkan air kosong je takkan kurus. kena jugak eksesais. -okay that was actually my inner self telling the real me to stop day dreaming. ada paham? fine. stop with the mumbling, Shana.

oh btw, macaroons caught my attention last few days to Starbucks and guess what, I'm dying to have them melting in my mouth. letting the taste buds pampered. *drooolllllssss*

speaking of which, one of boyfriend's friend are involved in home-based business selling macaroons. oh too bad she's quite far from me. kalau tak, aku rasa hari-hari kot aku pergi beli. muahahaa..buruk perangai. makan je keje aku. mana tak gumuks.

Ili Damia (the owner), the pretty lady from KL *i guess* is the person you should  purchase the macaroons from.not saying that the others does not satisfied the desire of having the perfect and best macaroons though but no offence, in my p.o.v Starbucks is still rated as 3/5 in my list. Damia Bites are located at Setiawangsa, Kuala Lumpur. But anyway, i don't think she will have any problems to send those cute fancy tasty macaroons to your door.

say whatever you want but i'm sticking to what i said unless they want to improve it though i must admit it's not that easy for us to please and meet people's standard.

As the tagline, 'A treat for any occasion suitable to your taste buds.' 

i'm pretty sure and i do believe that you need to taste them by yourself as me, myself will be getting mine soon. so, people do like this page alright and grab your chance bebeh! Damia Bites


see how cute they are? xD



suitable for any occasion
come with a simple cute see-through packaging making you feel like munching them all in seconds! *drools*

see? Lollipop pun boleh ni.. 

last but not least, to Ili sorry if promoting this without you knowing it in the first place. *jangan marah tau* nanti Shana purchase manyak2. :P 






Don't judge unless you know the stories

Off many things that I adore ♥

Nail colour,shades, hair of course!

I wanna kiss kiss my mom just like this. Awwwhhh :') 

Ili Damia, wait til I let my taste buds go wild wild wild soon. :D 

the hair the hair the hair. omg!




number 7 please for my dinner soon. Number 15 for everyday at the office. Number 9 for me to go out for a date with Mr.Awesome. number 10 for me at the beach. And oh finally, number 11 for my wedding day :)


Source: thestupidlies.tumblr.com

Tuesday, August 23, 2011

lumrah dan kudrat

lemah

aku bukan merungut jauh sekali menyesali. cuma ingin meluah. apa yang aku rasa yang terbuku di sudut hati kecil .kita manusia biasa yang punya banyak kelemahan daripada kelebihannya. juga selalu khilaf dan lupa diri akan tanggungjawabnya.ini bukan apa yang aku pinta bukan juga aku kira sebagai pilihan. ini apa yang aku kira sebagai ujian. bulan Ramadhan, lagi penuh dengan dugaan. kalau goyah, bergoyanglah bahtera. kalau patah sayap, tak mampulah terbang di udara. 

Sunday, August 21, 2011

time flies by but nothing big will change except for our age eh?

Ramadhan ke Syawal

time flies. dari bulan Ramadhan yang mulia ke bulan Syawal. kali ni semuanya aku rasakan sunyi. arwah nenek dah takde. ayah x sambut raya kali ni dengan ktaorang for the second year. aku tak tahu kenapa raya kali ni aku rasa sunyi sangat. rasa macam takde mood nak raya pun ada. tapi, bila aku tengok muka mummy, betapa bahagianya wajah yang bertemankan tangan yang sentiasa menguli tepung setiap kali raya, now the kitchen is hers again. :) ego ku menurun. aku jadi cair. aku tolong juga mummy di dapur. sekarang ni aku tak tahu berapa ramai anak gadis yang pergi dapur tolong ibu. lagi-lagi masa nak raya macam ni kan? untunglah bakal mertua. sejuk perut ibu mengandung ni. aku ni, seganas-ganas aku, serempit-rempit aku, aku pandai buat cake korang tahu? cookies pun aku pandai. cuma malas je. HAHA! tapi tu lar, kena ada kemahuan baru lah tangan aku bergerak kaki aku melangkah. *giggles* kalau tak, jangan harap lar ye?



Reports untuk L.I

Haaa...ni lagi satu benda aku kena settle cepat-cepat. kalau tak, naya. sekarang ni aku dah malas nak fikir pasal benda lain. nak fikir pasal report, pasal debate, pasal family aku. tapi aku takut semua ni buat aku jadi heartless lover balik. tahu tahu je aku dah berubah. tak lama mana pun, tak sampai satu tahun aku dah mula rasa nak give up. benda ni pulak kena ada 100% commitment and hardworking. tapi, macam aku tak tergerak langsung je nak habiskan cepat-cepat. mata aku pulak malam-malam sekarang cepat je nak tutup nak masuk layar bahtera nan indah. poyo je. pemalas betul. entah mana lah aku dapat penyakit nih.


Blog dan Perasaan


perasaan ni benda yang aku kira benda yang complicated. dulu, aku tak pernah nak fikir pun pasal benda ni. buat semak fikiran je. tapi sekarang, bila umur dah nak masuk 21 tahun aku rasa irritated/annoyed dengan diri sendiri yang tak pernah tak fikir pasal benda ni. menyampah mak nok..sekarang ni sampai dua blog aku buat. kadang-kadang tu aku rasa macam nak buat diri ni macam Prof Snape dalam Harry Potter series tu. Keras kat luar tapi dalam hati goyah. Tapi, bila dah jadi macam ni lak ada je orang tak puas hati. lagi lah aku menyampah dengan diri aku. ye tak? dah jadi myself karang, ada je orang nak aku berubah. takleh ke kalau aku jadi diri aku sendiri? nampak sangat kau orang tak terima aku seadanya kan?


Monday, August 15, 2011

I am surrounded

clock is ticking. hours are moving, days are passing.
i am surrounded by love that is in the air. 
but haters are everywhere. 

selfishness conquers and helping the anger to fill in the empty spaces. 
slowly deteriorating the sense of happiness and i'm no longer come to my sense.

before, words can't bring me down. 
look at me now. for what has happened. 
i can't even figured out why.
i can't even move my feet. 


Tuesday, August 2, 2011

aku goyah lagi.

sesaat demi sesaat berlalu. aku masih macam ni jugak. dok pandang je handphone kat sisi. tunggu apa pun aku sendiri tak tau. Windows Media Player ku tak habis-habis mainkan lagu Fauziah Latif, Francisca Peter dan Aishah. konon lah nak amek mood kan? masaalahnya, mood memang dah ada. nak luahkan dengan kata-kata tu yang payah. seumpama terkunci dari dalam. keluhan demi keluhan aku lepaskan perlahan. kadang-kadang berat. 
yang aku tahu dalam kepalaku terbayang wajah kamu. kata hati tidak berhenti membisikkan namamu di segenap ruang pelosok jiwa dan raga. aku rindu yang teramat. sudah tidak tertahan rasanya. tiba-tiba terfikir, beginikah rasa rindu Allah kepada ku yang khilaf? aku pasti rasa rindu yang ada pada-Nya lebih kuat daripada apa yang aku rasakan sekarang ini. berat aku rasakan kali ni. 

jiwaku goyah. hinggakan aku berjalan terumbang-ambing di lambung ombak rindu. ingin saja aku bisikkan pada angin lalu ; wahai kasih, aku rindu. pulanglah! aku menanti dengan penuh sabar di sini. ku depakan tangan, tapi apa yang aku peluk hanyalah bayang-bayang mu saja. *mengeluh..berat*

hatiku runsing. hinggakan makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah di buatnya. oh, beginikah rasa nya cinta? *risau*

aku tidak mampu berkata-kata lagi, tak mampu mendengar apa sahaja. satu yang ku tahu hanyalah, aku perlukan kamu.